PENGENALAN

Kedai runcit ini dibuka pada June 2018 dengan bermodalkan RM2500. Saiz bangunan kedai 10 x 10 yang diisi dengan barangan runcit. Barangan runcit yang sedikit bertambah dalam tempoh tiga bulan, menyebabkan bangunan ini diubahsuai pada November 2018 dengan saiz 15 x 24. Daripada saiz 15 x 24 ini, hanya 10 x 24 sahaja yang diisi dengan barangan runcit manakala selebihnya ruangan kaki lima dan bilik perkhidmatan printing.

Kedai runcit ini dibuka untuk memudahkan penduduk kampung Kiandongo mendapatkan barang-barang keperluan asas. Dengan adanya kedai runcit Mampu Milik Enterprise ini, penduduk kampung tidak perlu lagi pergi keluar jauh untuk membeli sesuatu barang keperluan asas yang terdapat dimana-mana kedai runcit kawasan perkampungan ini. Selain itu, denagn nama kedai tersebut iaitu Mampu Milik Enterprise, mengambarkan barang-barang runcit yang dijual adalah harga yang berpatutan serta tidak mengambil keuntungan yang banyak bagi kawasan perkampungan ini. Walaupun harga barangan dalam kedai runcit ini tidaklah semurah di kedai-kedai besar khususnya kawasan bandar atau pekan namun harga tersebut tidaklah jauh bezanya dan hanya beberapa sen keuntungan sahaja yang akan diambil oleh Mampu Milik Enterprise.

Kedai runcit Mampu Milik Enterprise juga membantu penduduk di sekitar dengan memberikan baranagn keperluan asas secara percuma kepada pelanggan yang berbelanja lebih atau pelanggan tetap di kedai runcit ini. Dengan kata lain, kedai runcit Mampu Milik Enterprise ini tidaklah mengutamakan untung 100% sebaliknya mengambil kira keutaman pelanggan.
Kedai runcit Mampu Milik Enterprise telah berdaftar dalam lesen perniagaan dengan ID Lesen: TGD/2018/922.

Namun pada januari 2020, melihat kepada keperluan di sekitar kampung Kiandongo Darat Tongod, terdapat beberapa perkhidmatan yang diperlukan oleh penduduk. Antara keperluan tersebut seperti perkhidmatan percetakan, perkhidmatan mengunting rambut, perkhidmatan membayar bill elektrik dan bill astro, perkhidmatan menjual prodak kecantikan dan beberapa lagi prodak yang lain. Selain itu, Mampu Milik Enterprise juga menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan untuk menumpangkan prodak mereka dalam kedai Mampu Milik Enterprise  namun tertakluk kepada terma dan syarat. Oleh itu, Mampu Milik Enterprise mendaftarkan lagi dua jenis lesen perniagaan berkaitan dengan perkhidmatan tersebut.

ID Lesen: TGD/2020/898 👉 didaftarkan pada 2 Mac 2020
ID Lesen: TGD/2020/920 👉 didaftarkan pada 4 Mac 2020

Terima kasih. God bless



LOGO KEDAI RUNCIT MAMPU MILIK ENTERPRISE

No comments:

Post a Comment